Ada empat suara yang memecah hening pagi selepas sahur Ramadhan kali ni.
Suara dengkur Kimi, yang menyambung beradu selepas subuh.
Suara mesin basuh yang berputar dan berlaga dengan entah apa.
Suara orang mengaji kalamullah bersahut ganti di televisi.
Yang hilang penghayatannya diganggu suara hati yang merayu Rindu pada entah siapa aku pun tak tahu.
Ramadhan 1435
Seremban, Negeri Sembilan