Kebelakangan ini hidup saya sedikit hura hara. Dengan alasan huru hara, blog ini juga turut tergendala. Tapi tidaklah pula saya hairan dengan perasaan blog saya apatah lagi perasaan anda semua. Perasaan saya yang paling utama.
Jadi untuk membuatkan hidup saya kembali normal, saya terpaksa repair apa yang boleh direpair. Tinggalkan apa yang patut ditinggalkan. Buang apa yang patut dibuang. Delete folder gambar yang patut didelete. Terajang yang patut diterajangkan & ketawa apa yang patut diketawakan. Selepas buat semua yang patut dibuat, saya rasa lebih lega sekarang. Anda bagaimana?
P/S:
Cukup kau ranapkan rasa aku tanpa sekelumit rasa bersalah. Cukuplah kau siatkan jiwa aku satu persatu disulam rasa tak endah. Cukuplah untuk kau tahu telah lama aku lepaskan hari hari kita dahulu. Cukuplah untuk kau tahu telah lama aku tinggalkan masa lalu aku.
Hati aku yang telah sompek ini minta jangan di apa apakan lagi. Hati aku yang telah robek ini minta jangan kau cuba untuk kelarkan lagi. Sungguh air mata aku ini sudah tidak ada lagi untuk aku jamu kamu.
Sekarang mahu aku hanya pergi, Salam Nisfu Syaaban