Assalamualaikum. Salam penghujung Disember. Semoga dari sebalik lampu-lampu neon, di bawah kemeriahan cahaya-cahaya terang, masih ada manusia yang sedar kewujudan kamu, dan kita semua. Sungguh, tahun 2016 merupakan tahun yang sangat awesome. Things happened unexpectedly. Orang datang dan pergi dengan sangat pantas.
"Tak sempat nak kenal rapat pun, tiba-tiba dah masuk hari lain dan dia dah tak kenal aku"
Memori berlalu pantas, macam angin sepoi-sepoi bahasa yang lembut membelai tubuh. First of all, aku sangat bersyukurlah kepada Sang Pencipta kerana sehingga ke hari ini, aku diberi kesempatan untuk hidup. Then, terima kasih kepada semua jenis emosi yang aku pernah alami. Tahniah buat diri sendiri yang sado menelan kebangangan dunia dan segala jenis manusia puaka.
Dalam satu tahun, aku jumpa dan hilang ramai orang. Orang-orang yang mengajar aku macamana nak hidup. Orang-orang yang datang hanya untuk pergi. Mereka bawa seketul kebahagian dalam hidup aku and bila dah bosan, kebahagian tu direntap dari aku secara paksa.
2016- I learned that I can't believed anyone. Kita gelak sama-sama, then time aku jatuh guling patah riuk dan nak jadi ulat gonggok sorang pun tak nampak batang hidung. Today never promises tomorrow.