-->
skip to main | skip to sidebar
<center>syeragon (:</center>

TQ

Tak semua benda perlu dirungkai. Sama ada jahatnya dia atau silapnya engkau, biarkan simpan kekal diam. Tak perlu dijaja. Macam mana kau jaga masa bersama, macam tu jugak sepatutnya kau jaga sesudah tiada. Boleh bercerita, tapi tidak semua. Kena ada limit yang sangat rigid masa bercerita.

Dan tujuan pun bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Sebab kadang orang dengar bukan sebab betul-betul kisah, tapi sekadar nak tahu. Seronok mengambil tahu. Dan cerita engkau menjadi rencah bicara hasil sesudah tahu.

Macam mana kau mula dengan cara yang baik, macam tu jugak kau kena sudahkan dengan cara yang baik. Dunia ni tak besar mana. Esok lusa entah macam mana bertembung muka.

Dalam membina hidup baru, kau perlu biarkan yang lalu kekal berlalu. Yang sedia tahu, biar sekadar itu. Dan yang tidak tahu, biarkan diam membisu. Cukup kau dan dia sahaja tahu apa sebenarnya berlaku yang semua orang tak tahu. 

The Owner

 My life My choices My problem My mistake My lesson Not your business Mind your own problem before you talk mine.

Perfect Friends .

The feeling that for both of you. I can't explain I swear you're everything i need that won't change.
 
I will appreciate you when you appreciate me as the owner of this blog.. Powered by Blogger.