Dia dah janji nak datang. Nak jemput aku dari sekolah sebab hujan. Satu rancangan yang sebenarnya tak dirancang pun. Tapi menjadi. Ada jodoh mungkin?
Dari jauh aku pandang dia. Aku jalan perlahan-lahan dengan muka penuh senyum masuk ke dalam kereta Avanza. Gaya dia macam selalu. Simple sahaja, sentiasa kemas. Itu dari dulu aku tahu. Itu juga yang buat aku jatuh hati pada dia. Tak terlalu over, dia menjadi diri dia sendiri. Dan sekarang dia masih dia.

Aku mengambil kerusi yang mana tempatnya bersebelahan dengan dia didalam kereta. Senang aku nak curi pandang dengan mata.
Sejak dari awal dulu mata aku tak pernah jemu melirik tengok wajah dia. Senyum dia, pandangan mata dia, riak wajah dia. Semua aku rasa, semua aku ada. Dia tumpu bawak kereta. Mata aku mencuri pandang muka dia. Mata berkelip, sikit pun tak lari.
Senyum aku dalam hati.
Rindu.
Tiba-tiba dia pandang aku. Aku tersentak. Aku buat seperti tiada apa. Aku pandang ke arah lain. Malu kalau dia tahu aku curi tatap dia punya muka. Berulang kali aku buat benda yang sama. Pandang dia dengan mata. Pandang dia dengan jiwa. Berbunga dalam hati aku rasa. Manis je. Memerah juga pipi aku tahan malu.
"Kalau lah dia tahu aku sangat rindukan dia. Aku pasti dia dan aku lebih bahagia."
Aku senyum.
Kami bersembang macam biasa. Masih ada gelak, masih ada tawa. Tapi mungkin agak kaku, awkward sikit rasanya.
Hari dah lewat. Dia pun dah nak balik. Sayu aku tengok muka dia. Aku tahan dari rasa nak berjurai air mata.
Aku diam, aku senyum.
"Awak balik hati-hati ye. Dah sampai nanti jangan lupa bagitahu saya."
Dia senyum balik pada aku.
Perkataan yang aku selalu guna bila tiap kali nak tengok dia pergi. Tapi kali ini terasa lain. Rasa macam ada satu kekurangan. Seperti ada perkataan lain yang aku lupa nak cakap. Atau sebenarnya aku tak patut ucap pun.
"I love you!"
Kenapa aku lupa nak cakap perkataan tu? Atau sebenarnya aku dah hilang hak untuk ucap ayat tu? Kenapa dia juga seperti aku? Tak ucap ayat yang dia selalu ucap pada aku? Dia lupa atau dia buat taktahu?
Sebak hati aku tengok kereta dia meluncur laju meninggalkan aku. Jauh dia pergi. Makin jauh, makin rasa sayu.

*****
Kadangkala aku lupa. Lupa pangkat diri, lupa pangkat hati. Aku lupa semua pasal diri sendiri. Resah hati aku bila aku tahu dia bukan lagi milik aku. Menangis aku dalam diam. Tahan rasa sepi.
Mata dia, pandangan dia, senyuman dia, perasaan dan jiwa dia. Yang mana semua tu dahulu adalah milik aku sepenuhnya. Tapi sekarang aku dah taktahu siapa yang empunya. Kadang-kadang aku rasa nak putar masa. Nak rebut kembali apa yang dulu aku pernah ada. Yang aku pernah sia-sia.
Aku tahu satu masa peluang tu akan ada. Masa tu aku akan berusaha sedaya upaya. Untuk rebut apa yang pernah jadi malik aku dulu. Aku akan rebut untuk kekalkannya jadi milik aku selamanya. Aku juga tahu dia mahukan benda yang sama. Tapi kami tahu sekarang belum tiba masanya.
Aku sayang dia. Dan aku harap dia tahu dia masih ada tempat dalam jiwa aku. Aku juga harap dia pun macam tu. Selagi hati aku masih tak pernah kenal erti penat merindukan dia. Selagi itu aku akan tunggu sampai tiba masa.

"Sayang, bila tiba masa yang kita tunggu nanti. Janji dengan saya jangan pernah mengalah macam sebelum ni. Kali ni kita usaha sama-sama. Bina konkrit cinta kita. Jangan pernah mengalah, saya akan sentiasa ada disebelah. Jatuh bangun kita harungi bersama. Akan sampai satu masa kita rasa sama-sama manisnya."
*****
Telefon aku bergetar. Ada mesej masuk.
"Awak, saya dah sampai :)"
Aku senyum, aku tolak tepi rasa hiba.
Aku tahu masa tu pasti,
Pasti akan tiba macam sekarang.
Aku senyum, aku tolak tepi rasa hiba.
Aku tahu masa tu pasti,
Pasti akan tiba macam sekarang.
Bila dua hati dah bersatu tak semuadah itu untuk dileraikan. Assalamualaikum