-->
skip to main | skip to sidebar
<center>syeragon (:</center>

Letter to my own heart.

So many scars right now. I miss smiled like this
Untuk harta terpenting dalam hidup aku. Sayang bila nak pulih? Bila kita nak macam dulu? Bila kita nak macam dulu saat kau dan aku saling mempercayai dalam membuat keputusan dalam dunia ini. Kenapa engkau berubah? Aku tahu kau dah dewasa dan macam macam penderitaan yang telah engkau lalui menjalani liku liku hidup engkau tapi aku tak pernah expect engkau berubah sampai macam ni. Kau tahu ramai orang yang ambil berat perihal diri engkau menolong engkau bangkit. Jadi sayang tolonglah jgn berputus asa. Aku kan ada aku selalu suruh engkau sabar. Hanya engkau yang masih rasa susah untuk lepaskan apa yang telah engkau hilang. Kehilangan itu bukan salah engkau sayang. Kau memang takboleh paksa apa yang kau rindu tinggal bersama engkau sepanjang engkau berfungsi. Aku perlukan kau sangat sangat dalam hidup aku tolonglah kembali ke pangkuan aku.
Kesayanganku. Kau tahu sejak engkau tidak tentu arah aku hilang keyakinan. Aku selalu rasa hendak buat sesuatu tapi minat tu dah terbang melayang. Sejak engkau retak engkau mula ranap aku rasa kurang senyum. Kurang senyum dengan ikhlas. Kau tahu aku rindu senyuman aku yang ikhlas tu yang buat aku gelak dan buat aku rasa hidup. Kau umpama sayap bagi diri aku kalau engkau tak ada siapalah aku. Tak bernyawa aku. Rebah aku dengan segala musibah yang aku tempuhi. Dan sudah tentu kalau engkau tak ada macam mana aku hendak sayang orang orang yang menyayangi aku? Kau tahu kan aku penyayang. Aku tak mampu lihat orang yang sayang aku terbiar begitu sahaja. Dari dulu kan aku selalu pentingkan orang orang yang sayang aku. Jadi kembalilah ke pangkuan aku. Aku rindu engkau yang tabah dan penyayang itu

Buah hatiku. Sampai bila engkau masih lagi nak macam ni. Sampai bila kau nak telan semua penderitaan ni dan muntahkan segala tangisan yang ada dalam engkau. Kau tahu dulu engkau jarang nak ambil peduli ambil serious kecil hati. Sekarang bila engkau dah meningkat dewasa mudah betul engkau terganggu kan. Betullah bak kata orang manusia berubah. Walaupun aku pujuk diri aku untuk tak berubah aku dah perasan yang aku berubah dan engkau pun turut berubah. Mungkin sebab satu kita dah sedar kita ni manusia biasa yang berperasaan. Sebab tu bila orang buat kita kita rasa ranap kan

Sayang. Aku tak sabar sabar mahu engkau pulih. Pulih lah. Datang balik dekat yar. Yar rindu hati yar sendiri. Yes ini surat untuk hati aku sendiri. Sebab aku rindukan hati aku yang dulu. Yang kuat yang tabah yang mampu buat apa sahaja untuk move forward. Yar rindu sangat awak yang boleh gelak dan redakan diri sendiri. Balik lah dekat Yar. Yar nak hati yar balik. Yar tak mampu nak teruskan kalau awak tak baik baik. Yar tahu makin hari awak makin lemah. Ubat tu mungkin tak buat awak rasa apa sangat bezanya. Tapi awak cubalah pulih. Bantulah Yar. Awak je yang mampu buat yar bernafas lagi. Kalau awak tak ada yar nak bernafas macam mana. Tak ada orang yang nak dermakan hati dia kat yar. Mereka pun sayang hak mereka

Hatiku Sudah sudahlah. Bangkit lah sayangku. Meskipun sakit. Aku tahu engkau lah yang paling tabah. Dah macam macam kita lalui bersama. Jadi untuk apa engkau berhenti setakat ini. Teruskan jangan berhenti. Teruskan walaupun engkau makin hari makin lemah. Sakit tu abaikan. Kau masih ada lagi masa tahu. Jadi gunakan sewajarnya. 

Kau tahu aku ada satu phrase yang istimewa untuk engkau. Dulu aku pernah lontarkan pada orang yang aku nak bantu meneruskan hidup. Bila dia dah teruskan hidup aku yang terkapai kapai. Jadi ini untuk engkau. Pulihlah aku tunggu kepulanganmu dalam diri aku.
"words are easier to beg you to move on life though life is as hard as the rock you just have to move on and live life as if there's no tomorrow"

The Owner

 My life My choices My problem My mistake My lesson Not your business Mind your own problem before you talk mine.

Perfect Friends .

The feeling that for both of you. I can't explain I swear you're everything i need that won't change.
 
I will appreciate you when you appreciate me as the owner of this blog.. Powered by Blogger.